Ini adalah segmen anjuran bro Ben Ashaari.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama2 menabur bakti kepada saudara2 kita yang berada di Somalia. Kasihanilah mereka. Jika berminat untuk menderma sila klik link di bawah.
BOSTON: Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya.Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula.
Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: “Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai.“Saya boleh menghidu semula. Saya boleh makan secara normal kembali.
“Saya tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir dan boleh bercakap dengan jelas semula.
“Saya boleh mencium dan memeluk orang yang saya sayangi. Saya benar-benar berterima kasih kepada penderma itu dan keluarganya.” Kejadian malang yang menimpa Carla berlaku ketika dia mengunjungi rakan baiknya, Sandra Herold yang memelihara cimpanzi. Ketika itu, haiwan berkenaan berang lalu melompat ke arah Carla dan mengoyakkan wajahnya dan hampir keseluruhan tangannya.Haiwan yang dipanggil Travis itu akhirnya ditembak polis di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat.
Sepasukan 30 doktor dan jururawat di sebuah hospital di Boston untuk melakukan pembedahan itu. Carla menerima kulit, otot saluran darah, urat saraf, lelangit dan gigi daripada seorang penderma yang tidak dinamakan. Pembedahan dijalani Carla adalah pembedahan transplan wajah sepenuhnya yang ketiga di AS. Carla juga menjalani dua kali transplan tangan tetapi ia terpaksa dipotong selepas dia menghidap pneumonia. Dalam satu wawancara untuk rancangan TV AS Today, Carla berkata, makanan pertamanya selepas pembedahan adalah telur dan keju berkrim.
Dia juga memberitahu, dia dapat merasa rahang dan dagunya semula. Carla berkata: “Saya boleh menggerakkan mulut dan tersenyum. Saya masih rasa lemah, tetapi sedikit demi sedikit saya semakin kuat.”
RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011
Denaihati.comCepat cepat! tarikh tutup pada 20hb August 2011. Menggunakan random.org untuk mencari pemenang. Benda apa random.org pun aku tak tahu. haha
Farrah Yong Fauzi
Sunahsukasakura.com
Nyamuk Terbang
Hamba Allah
Fauzi Nor
Tieka Ika
Salim Harmanain
Cik Kuntum
Datin Tyka